pendidikan
Perpustakaan Desa Siber Ilmu (PDSI) FELDA Bukit Tembaga dibina untuk menarik minat masyarakat setempat terutamanya kanak-kanak berkunjung ke perpustakaan.Berbagai-bagai aktiviti anjuran PDSI FELDA Bukit Tembaga membabitkan kanak-kanak Tadika.
Para ibu bapa di FELDA Bukit Tembaga amat mementingkan pendidikan di kalangan anak-anak mereka. Oleh itu, majoriti ibu bapa menghantar anak-anak mereka dari mula peringkat pra sekolah sebelum memasuki sekolah kebangsaan. Sekolah Kebangsaan Bukit Tembaga dan Sekolah Menengah Bukit Tembaga merupakan sekolah yang terdekat yang menjadi pilihan ibu bapa.
Semua pelajar mendapat perhatian dan keutamaan yang sama melalui pelbagai aktiviti akademik dan kokurikulum. Bagaimanapun, pelajar yang lemah akan mendapat perhatian sewajarnya melalui beberapa program yang diatur. Kelas-kelas tuisyen percuma misalnya disasarkan kepada murid-murid yang lemah tetapi mempunyai keupayaan atau kebolehan untuk maju.
Perpustakaan Desa Siber Ilmu Bukit Tembaga
0 comments:
Post a Comment