Pelancongan
Hutan Lipur Puncak Janing terletak kira-kira 10 kilometer dari FELDA Bukit Tembaga dan kira-kira 14 kilometer dari Pekan Kuala Nerang. Hutan lipur ini terletak di Hutan Simpan Bukit Perangin dalam kawasan hutan dipterokarp pamah. Untuk sampai ke sini pengunjung bolehlah menaiki kenderaan sendiri atau menyewa teksi dari Pekan Kuala Nerang. Hutan lipur tersebut mempunyai sebuah air terjun setinggi empat tingkat yang dikelilingi kehijauan pohon-pohon selain mempunyai susunan batu bata yang menarik.
Keindahan landskap air Sungai Janing yang mengalir di sepanjang dua kilometer sesuai untuk aktiviti bermandi-manda dan berkelah. Bagi pengunjung yang gemarkan aktiviti lasak, bolehlah mencuba mendaki Puncak Janing dan berkhemah di kawasan yang telah ditetapkan. Di samping melakukan aktiviti lasak, pengunjung berpeluang melihat pemandangan menarik pokok kasai (Pometia spp), meranti tembaga (Shorea Leprosula Miq) dan palma (Arecaceae).
Pengunjung juga boleh menyusuri denai sepanjang kira-kira 15 kilometer yang menghubungkan hutan Lipur Puncak Janing dan Hutan Lipur Bukit Wang. Pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung turut disediakan di situ seperti dewan, surau dan padang untuk aktiviti permainan berkumpulan. Selain itu, terdapat juga kawasan rehat dan tandas awam untuk kegunaan orang ramai.
Hutan Lipur Puncak Janing

0 comments:
Post a Comment